Bekas COO Tabung Haji dimasukkan ke hospital, prosiding pendakwaan ditangguh 24 September

Facebook
WhatsApp

SHAH ALAM: Prosiding pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) ditangguh kepada 24 September ini susulan beliau sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan berkaitan masalah jantung.

Peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili bekas COO itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana telah dimasukkan ke UM Specialist Centre (UMSC) sejak 31 Ogos lepas.

Beliau berkata berdasarkan nasihat Pakar Kardiologi di institusi perubatan berkenaan anak guamnya sedang menjalani serial ECG recording dan memerlukannya untuk berada di hospital.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah samada pertuduhan perlu dibacakan di mahkamah hari ini.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menangguhkan kes itu kepada 24 Sept ini untuk pertuduhan dibacakan.

“Mahkamah berpandangan adalah tidak feasible untuk dia (bekas COO) berada di mahkamah kerana sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan perubatan berkaitan jantung,” katanya.

Sementara itu, Wan Azman Aiman ketika ditemui di luar mahkamah berkata anak guamnya itu akan didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. 

Sebelum ini, SPRM telah memperoleh perintah reman terhadap 11 individu bagi membantu siasatan kes mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Antara yang telah direman termasuk bekas pengerusi TH, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO), bekas menteri, serta beberapa pengurusan kanan dan individu berkait syarikat berkaitan.- Bernama

MRA lancar tabung bantu mangsa banjir Nepal

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal, bagi menggerakkan bantuan kecemasan kepada masyarakat yang terjejas akibat