IPU Miri catat tahap tidak sihat, bacaan 185

Facebook
WhatsApp
KEADAAN jerebu di Miri

MIRI: Kualiti udara di sini terus berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat 185 setakat semakan menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Berdasarkan semakan itu, ILP Miri merekodkan bacaan lebih tinggi iaitu 190, turut berada dalam kategori tidak sihat.

Keadaan berkenaan menyebabkan keadaan udara di sekitar Miri dilihat semakin terjejas, terutama apabila jerebu menyelubungi beberapa kawasan.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 pula berada pada tahap sangat tidak sihat.

Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat terkini mengenai bacaan IPU melalui APIMS JAS sebelum melakukan aktiviti luar.

Oleh Liong Chai Ling