BINTULU: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah bank di daerah ini kira-kira 8.00 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, pasukan polis telah digerakkan bagi menjalankan siasatan serta mengesan suspek yang terlibat.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kegusaran awam serta tidak menjejaskan proses siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.




