KUCHING: Kualiti udara di Sarawak terus berada pada tahap membimbangkan apabila tujuh kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap merbahaya setakat 8.00 malam ini.
Berdasarkan bacaan IPU Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), IPD Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 433, diikuti Lubok Antu (407), Lundu (399), Tebedu (398), Kuching (381), Samarahan (352) dan Sri Aman (339).
Sementara itu, empat kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat iaitu Sarikei (294), Sibu (257), Mukah (219) dan Samalaju (207).
Lapan lagi kawasan iaitu Bintulu (184), Miri (179), ILP Miri (179), Kapit (170), Limbang (162), Lawas (157) dan Bario (136) serta satu lagi kawasan berada pada tahap tidak sihat.
Oleh Masrin Affirah





