Jerebu: Jepun tawar bantuan padam kebakaran hutan, ISPU Kalimantan lepasi 1,000

Facebook
WhatsApp
KEADAAN jerebu di Kalimantan. Foto agensi

JAKARTA: Jepun menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi operasi pemadaman menggunakan kaedah water-bombing untuk menangani kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan ketika bacaan Indeks Standard Pencemaran Udara (ISPU) di wilayah itu melonjak melepasi paras 1,000.

Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Berton Panjaitan berkata bantuan itu membabitkan tiga helikopter termasuk sebuah Chinook, dengan operasi dijadual bermula pada 10 September ini.

“Persiapan sedang dijalankan termasuk tinjauan lokasi, dengan perbincangan tertumpu kepada aspek operasi misi pemadaman menggunakan kaedah water-bombing di Kalimantan,” katanya pada sidang media secara dalam talian pada Sabtu.

Data terkini Kementerian Alam Sekitar menunjukkan Jekan Raya di Palangka Raya, Kalimantan Tengah merekodkan bacaan ISPU 1,108 setakat 4.55 petang ini, manakala Pontianak Tenggara di Kalimantan Barat mencatatkan bacaan 1,075. Kedua-dua bacaan itu dikategorikan sebagai berbahaya.

BNPB turut melaporkan 9,242 titik panas dikesan di Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan, dengan ketiga-tiga wilayah mencatatkan peningkatan.

Kalimantan Barat mencatatkan peningkatan jumlah titik panas paling ketara, dengan jumlahnya bertambah sebanyak 1,629 kepada 3,371. Kebakaran direkodkan di 171 lokasi di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Walaupun keadaan semakin buruk, Berton berkata operasi modifikasi cuaca membantu menghasilkan hujan di beberapa kawasan terjejas di Sumatera, termasuk sebahagian Riau, Sumatera Selatan, Jambi dan Lampung.

Bagaimanapun, operasi sama tidak dapat dijalankan di Kalimantan Tengah dan Selatan berikutan ketiadaan awan yang sesuai.

BNPB kini mempunyai 52 pesawat bagi menyokong operasi memadam kebakaran, terdiri daripada 38 untuk operasi pemadaman menggunakan kaedah water-bombing dan 14 bagi rondaan udara serta modifikasi cuaca, dengan kira-kira 3.5 juta liter air telah digugurkan di enam wilayah keutamaan. – Bernama

ICE rancang guna robot anjing

WASHINGTON: Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menggunakan robot menyerupai anjing dalam operasinya, lapor Agensi Akhbar

ICE rancang guna robot anjing

WASHINGTON: Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menggunakan robot menyerupai anjing dalam operasinya, lapor Agensi Akhbar