SUBANG JAYA: Selangor-Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen MyVaksin bagi memberi kesedaran pentingnya mengambil vaksin Covid-19 dan bantu orang ramai yang tercicir untuk segera mendaftar vaksin tersebut.
Kempen yang mendapat sokongan penuh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) ini merupakan inisiatif sosial bagi membantu mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan(PICK) agar negara segera mencapai tahap imuniti kelompok.
Program pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera ini bermula pada 21 Jun sehingga 20 Julai 2021 pada setiap hari, 9.00 pagi hingga 6.00 petang di kaunter khidmat pelanggan cawangan terlibat.
Kempen yang berlangsung selama sebulan ini akan melibatkan 47 cawangan MYDIN yang telah dikenal pasti bersesuaian.
Bagi menggalakkan pendaftaran vaksin ini, MYDIN turut menawarkan kad keahlian Meriah yang bernilai RM12 secara percuma.
Pelanggan boleh menikmati tawaran harga istimewa ahli dan mengumpul mata ganjaran.
Selain itu, ahli Meriah juga berpeluang mendapat ganjaran menarik serta kelebihan tawaran rakan niaga.Selain itu, untuk menambah lagi insentif kepada orang ramai, MYDIN turut berkerjasama dengan syarikat e-dompet terkemuka tempatan Boost.
Bagi 20,000 pendaftar vaksin yang berjaya bakal menerima sub e-dompet Boost x MYDIN bernilai RM5.
Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar merekadan berbelanja serendah RM50 bagi menikmati tawaran ini.
“Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat kita bagi membantu kerajaan dan negara untuk segera mencapai imuniti kelompok. Tiada apa yang perlu dirisaukan untuk semua rakyat mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19. Saya sendiri telah menerima dos vaksin yang pertama dan saya berasa lega kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai masyarakat yang prihatin. Semua kakitangan MYDIN sendiri dipastikan agar segera mendaftar kerana kami merupakan barisan hadapan ekonomi yang berdepan pelbagai risiko setiap hari” ujar Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin yang merupakan Pengarah Urusan MYDIN.
Ketua Pengarah Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah pula berkata, amat berbesar hati dapat turut menjalin kerjasama strategik dalam menjayakan kempen yang cukup murni bagi memastikan negara kita dapat mancapai tahap imuniti kelompok dan seterusnya melandaikan lengkung rantaian pandemik Covid-19 ini.
Dengan demografik MYDIN yang dikunjungi berjuta pelanggan menjadikan meraka merupakan lokasi yang cukup sesuai sebagai platform memberi kesedaran dan memberi pengetahuan tentang pentingnya mendapat perlindungan vaksinasi yang diluluskan pakar kesihatan kerajaan. MYDIN turut menyarankan agar orang ramai segera mendaftar dan mengambil vaksinasi agar wabak Covid-19 dapat diputuskan segera.Lindungi diri, lindungi semua.
MYDIN menerima kunjungan lebih daripada 60 juta pengunjung setahun yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya B-40.
Selain menjadi sebagai medium komunikasi, kami percaya pelanggan kami adalah golongan sasaran yang perlu diberi perhatian bagi menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat dan seterusnya mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.
Kami berharap usaha kecil ini mampu memberi impak dan sumbangan besar kepada usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
Pendaftaran boleh dibuat disemua kaunter khidmat pelanggan cawangan yang terlibat.
Program pendaftaran ini mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat.
Pelanggan dan orang ramai boleh merujuk laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program MyVaksin.
Jabatan Komunikasi Korporat Mydin Mohamed Holdings Berhad
Untuk sebarang pertanyaan hubungi, hubungi Ashraf Roslan 010-928 2581/ Nabilah Kamal 017-362 5755.