BINTULU: Sebuah kereta jenis Mazda CX-5 musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Samalaju menghala ke Simpang Bakun di sini, semalam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.31 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju tiba di lokasi pada 11.50 malam.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kereta jenis Mazda CX-5 terbakar 100 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.

Foto JPBM Sarawak
Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 12.27 tengah malam.
Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tiada punca kebakaran berulang sebelum operasi ditamatkan pada 12.29 tengah malam.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih belum dikenal pasti.
Oleh Carolyne Utih





