KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyumbang 100 pek makanan dan 20 kotak air minuman kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Umum Sarawak bertempat di Kozi Square.
Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, program ini adalah satu inisiatif TBS melalui prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dalam pengagihan bantuan makanan dan bantuan peralatan khas kepada PPV berkenaan.
“Turut disumbang, bantuan berbentuk alatan pejabat dan bantuan peralatan khas lain.
“Inisiatif sumbangan ini bagi membantu petugas barisan hadapan untuk kelancaran pelaksanaan vaksinasi di sini,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, setakat 31 Mei 2021, sebanyak RM28.9 juta hasil kutipan zakat telah diagihkan kepada asnaf yang berhak oleh TBS melalui tiga program utamanya iaitu ‘Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah’.
Oleh NUR AIN OTSMAN