54 peserta sertai program Penghayatan Syiar Islam di Lanang

Facebook
WhatsApp
KENANGAN...Peserta bergambar kenangan bersama Siti Rohna Ishak (duduk tiga dari kanan) dan Mohamed Ali Raya (tengah).

SIBU: Seramai 54 peserta menyertai program Penghayatan Syiar Islam anjuran Kemas Parlimen 211 Lanang dengan kerjasama pihak Masjid Darul Istiqomah Jalan Sukun baru-baru ini.

Menurut Penyelia Unit Pembangunan Komuniti Kemas bagi kawasan Nangka Siti Rohna Ishak, program berkenaan diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap kebesaran Islam.

“Di samping itu juga, ia bertujuan untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya,” katanya.

TERIMA KASIH…Perwakilan peserta lelaki Yusof Abdul Kadir menerima sijil penyertaan daripada Siti Rohna Ishak.

Siti Rohna berkata program Penghayatan Syiar Islam juga bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW serta kebesaran Islam dalam kalangan kanak-kanak, belia dan masyarakat umum.

Fasilitator untuk program setengah hari itu ialah penceramah dari Jabatan Agama Islam Sibu, Nazirah Hasbullah.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Istiqomah, Mohamed Ali Raya dan Penyelaras Program dari Kemas Lanang, Rajemah Wasil.

Oleh Othman Ishak