KUCHING: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 8.00 malam ini.
Sebanyak 10 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, manakala tiga kawasan lagi berada pada tahap sederhana.
Kuching mencatatkan bacaan IPU tertinggi selepas IPD Serian iaitu 191, diikuti Sri Aman (179), Samarahan (178), Sarikei (168), Sibu dan Mukah masing-masing 158.
Bintulu pula merekodkan bacaan 156, Samalaju (153) dan Miri (110), yang kesemuanya berada pada status tidak sihat.
Sementara itu, Kapit mencatatkan bacaan 90, ILP Miri (86) dan Limbang (78), masing-masing berada pada tahap sederhana.
Secara keseluruhan, bacaan IPU tertinggi direkodkan di IPD Serian dengan 198, hampir mencecah paras 200.
Orang ramai khususnya kumpulan berisiko dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan kualiti udara bertambah buruk.




