TIDAK layak di Piala Dunia 2018, Itali semalam menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kedua Euro 2020 setelah mengalahkan Switzerland dengan mencatat kemenangan 3-0 kedua berturut-turut di Rom.
Manuel Locatelli menjaringkan dua gol dan Ciro Immobile menambah gol ketiga pada lewat permainan ketika pasukan Roberto Mancini meneruskan rentak tanpa kalah mereka kepada 29 perlawanan.
“Kami bermain dengan baik, kami mahu menang dengan segala cara. Mereka bermula dengan baik, tidak mudah untuk memenangi perlawanan kedua dalam tempoh lima hari,” kata Mancini.
Azzurri akan bermain menentang naib juara Kumpulan C jika mereka mengelak daripada mengalami kekalahan menentang finalis separuh akhir Euro 2016, Wales di Stadio Olimpico pada Isnin.
Gareth Bale mencipta gol untuk Aaron Ramsey dan Connor Roberts tetapi turut gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Wales menewaskan Turki 2-0 di Baku, di mana majoriti penonton menyokong pasukan lawan.
Rusia menghidupkan kempen merkea dalam Kumpulan B dengan kemenangan 1-0 ke atas Finland.
Pemain tengah Atalanta, Aleksei Miranchuk menghasilkan penyudah canrtik dalam masa kecederaan seapruh pertama untuk gol tunggal perlawanan antara dua negara berjiran itu. – AFP