Kualiti udara Sarawak belum pulih, 14 stesen catat IPU tidak sihat

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU 8.00 pagi, Sabtu, 22 Ogos 2026.

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak belum menunjukkan pemulihan yang jelas pagi ini apabila 14 daripada 18 stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8.00 pagi.

IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi pagi ini iaitu 190, diikuti Kuching (181), Lubok Antu (181), Lundu (179), Samarahan (177) dan Sri Aman (174).

Meskipun bacaan IPD Serian menurun daripada 203 pada 8 malam semalam kepada 190 pagi ini, ia masih menjadi bacaan tertinggi di Sarawak dan menghampiri paras 200.

Sarikei pula mencatat bacaan 172, Sibu (160), Bintulu (157), Mukah (156), Samalaju (156), Miri (152) dan Tebedu (151), semuanya pada tahap tidak sihat.

Lawas turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 103.

Sementara itu, Kapit mencatat bacaan 97, ILP Miri (89), Limbang (77) dan Bario (68), yang semuanya berada pada tahap sederhana.

Keadaan itu menunjukkan kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat pagi ini.