Bursa Malaysia dibuka rendah susulan pengambilan untung, risiko geopolitik

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.92 mata kepada 1,733.79 daripada 1,736.71 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.63 mata lebih tinggi pada 1,736.08.

Sentimen pasaran negatif, apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 175 berbanding 86, manakala 266 kaunter tidak berubah, 2,345 tidak diniagakan dan 47 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 77.90 juta saham bernilai RM46.67 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd memaklumkan bahawa penambahan 20 saham ke FBM KLCI pada bulan Disember dijangka meningkatkan halaju pasaran pada masa depan.

“Ia juga menggembirakan apabila akhirnya terdapat saham mewakili segmen teknologi.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,730-1,745,” menurut Rakuten Trade satu nota penyelidikan.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Group tidak berubah masing-masing pada RM10.58 dan RM7.98, manakala Public Bank dan IHH Healthcare berkurangan satu sen masing-masing kepada RM5.11 dan RM8.33, Tenaga Nasional merosot lapan sen kepada RM14.42.

Bagi saham paling aktif, Omesti, MAG Holdings dan Comfort Gloves tidak berubah masing-masing pada 8.5 sen, 16 sen dan 17 sen, GIIB Holdings menambah setengah sen kepada 42.5 sen, manakala Notion VTec menguncup tiga sen kepada 50 sen.

Saham paling untung menyaksikan Kuala Lumpur Kepong naik 24 sen kepada RM21.68, Petronas Gas menambah 12 sen kepada RM17.60, dan Cnergenz meningkat 10.5 sen kepada 87.5 sen, manakal CI Holdings dan Can-One melonjak sembilan sen masing-masing kepada RM2.41 dan RM1.59.

Antara saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries turun RM1.18 kepada RM44.12, manakala Telekom Malaysia dan Vitrox Corporation merosot 10 sen masing-masing kepada RM8.00 dan RM9.16, Kelington Group berkurangan sembilan sen

kepada RM8.91, dan Petronas Chemicals Group menguncup tujuh sen kepada RM4.30.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 susut 49.35 mata kepada 18,124.76, manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 26.89 mata kepada 12,631.68, Indeks FBM Emas bekurangan 24.72 mata kepada 12,812.90, Indeks  FBM Top 100 menguncup 24.58 mata kepada 12,631.64 dan Indeks FBM ACE berkurangan 6.01 mata kepada 5,322.75.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 13.34 mata kepada 9,307.44, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 1.76 mata kepada 20,273.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.85 mata kepada 186.70, manakala Indeks Tenaga menguncup 0.47 mata kepada 774.67.- Bernama