Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, susut berbanding dolar AS

Facebook
WhatsApp
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat. Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 3.9855/4.0050 berbanding dolar AS daripada paras 3.9920/9955 ketika ditutup pada Khamis. Dalam perutusan khas semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April, had bulanan individu bagi pembelian BUDI95 akan diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini susulan konflik berterusan di Asia Barat. Penyelarasan itu bagaimanapun tidak menjejaskan majoriti rakyat berikutan penggunaan purata adalah sekitar 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 27 -- The ringgit opened higher for the fourth consecutive day as the Malaysian government adopts a pragmatic approach to fuel subsidies by balancing between fiscal discipline and cost-of-living concerns amid West Asia tensions. At 8 am, the local currency strengthened to 3.9855/4.0050 against the greenback from Thursday’s close of 3.9920/9955. In a special address yesterday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that, effective April 1, the individual monthly limit for the purchase of BUDI95 will be temporarily adjusted to 200 litres per month from 300 litres per month previously, due to the ongoing conflict in West Asia. A majority of the people are not affected by the quota reduction, as consumers on average use about 100 litres per month and nearly 90 per cent consume less than 200 litres per month. --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut berbanding dolar Ameria Syarikat (AS) pada Jumaat kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati dalam persekitaran ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.0430/0500 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0470 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan AS sedang berusaha untuk meminggirkan Iran dari segi ekonomi dan dijangka akan mengumumkan langkah sedemikian dalam jangka masa terdekat.

Mohd Afzanizam berkata perkembangan itu telah menyebabkan kenaikan 1.75 peratus harga minyak mentah Brent kepada AS$93.22 setong.

“Pada masa sama, kerajaan AS juga sedang mengembangkan usahanya untuk melaksanakan belian balik sekuriti Perbendaharaan AS bagi menyekat peningkatan hasil Perbendaharaan.

“Hasil Perbendaharaan AS 30 tahun meningkat enam mata asas kepada 5.25 peratus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kebimbangan utama adalah bagaimana AS merancang untuk meminggirkan Iran dari segi ekonomi dan sama ada ini akan mencetuskan dasar perlindungan selanjutnya terhadap rakan perdagangan Iran.

Oleh itu, beliau menjangkakan ringgit akan diniagakan antara RM4.04 dan RM4.06 berbanding dolar AS hari ini.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5445/5491 daripada 2.5527/5557 ketika ditutup pada Khamis, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5159/5254 daripada 5.5164/5225 dan menokok berbanding euro kepada 4.7251/7332 daripada 4.7322/7374 sebelum itu.

Mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.1797/1855 dariada 3.1813/1851 ketika ditutup pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 12.3120/3400 daripada 12.3014/3211.

Unit tempatan tidak banyak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 227.8/228.2 berbanding 227.7/228.1 sebelumnya, dan hampir tidak berubag berbanding peso Filipina pada 6.56/6.57 berbanding  6.55/6.57. – Bernama