71 kenderaan diperiksa, lori disita dalam Ops Gempur di Stapang

Facebook
WhatsApp
DISITA… Lori yang disita JPJ Sarawak selepas didapati LKM dan perlindungan insurans tamat tempoh dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar pekan Stapang. Foto JPJ Sarawak

SELANGAU: Sebuah lori disita selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans tamat tempoh dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di sekitar pekan Stapang, semalam.

JPJ Sarawak menerusi Stesen Penguatkuasa Stapang dalam kenyataan berkata, operasi itu dilaksanakan sebagai usaha berterusan meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dalam kalangan pengguna dan pengusaha kenderaan perdagangan.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 71 kenderaan pelbagai jenis diperiksa sepanjang operasi tersebut, dengan beberapa kesalahan dikesan.

PEMERIKSAAN… Anggota JPJ Sarawak menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar pekan Stapang. Foto JPJ Sarawak

Antara kesalahan yang dikesan termasuk membawa muatan melebihi had dibenarkan, tidak memiliki lesen memandu dan lesen memandu vokasional serta kesalahan berkaitan aspek teknikal kenderaan.

Dalam operasi sama, sebuah lori disita selepas pemeriksaan mendapati LKM dan perlindungan insurans kenderaan berkenaan telah tamat tempoh.

JPJ Sarawak berkata, semua kesalahan yang dikesan dan tindakan penyitaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan akan terus dipergiat bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang, selain menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Misteri Penjaga Rimba Purba

MALAM melabuhkan tirainya, membalut gelap belantara dengan seribu rahsia. Di celah-celah pokok besar tersembunyi ilmu dan bisikan roh purba. Gabungan