KUCHING: Seorang lelaki tempatan maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah lori muatan berat sebelum terbalik dan merempuh sebuah kereta yang diletakkan berhampiran di Jalan Canna, kira-kira tengah hari tadi.
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan tersebut.
Menurut pemandu wanita kereta berkenaan, dia sedang memandu di lorong perlahan manakala lori berat terbabit berada di lorong laju.
Motosikal mangsa dipercayai sedang mencelah di antara kedua-dua kenderaan sebelum bertembung dengan lori dan kereta berkenaan.
Katanya, beberapa saksi cuba mengejar lori terbabit untuk memberhentikannya, namun gagal. Belum dapat dipastikan sama ada pemandu lori menyedari kejadian itu ketika kemalangan berlaku.
Anggota polis peronda bergegas ke lokasi selepas menerima laporan bagi mengawal lalu lintas, manakala ahli keluarga mangsa turut tiba di lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian tragis itu.
Polis masih menjalankan siasatan berkaitaan kejadian tersebut.





