KUCHING: Bandar raya ini yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 7 Jun dengan makan dan minum di dalam kedai dilarang, tetapi ada juga yang ke taman rekreasi untuk bersenam bagi mendapat udara segar serta tidak untuk memakai pelitup mulut dan hidung.
Perkara ini telah mendapat perhatian Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng bahawa terdapat segelintir daripada mereka ini yang berkumpul selepas bersenam dan bersenam bersama sambil berbual.
Apabila dihubungi, Wee berkata ini adalah amat berbahaya kerana perbuatan ini mungkin boleh menyebabkan kemunculan satu lagi kluster baharu.
Beliau menasihati mereka yang ingin berbual semasa bersenam supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)iaitu dengan memaki pelitup mulut dan membuat penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.
Wee berkata notis akan diberikan kepada semua taman untuk mengingati orang ramai sambil menambah bahawa sepasukan sukarelawan muda juga akan membuat lawatan ke taman rekreasi untuk menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata selain dari taman di Bandar Baru Batu Kawah di MJC sini, kawasan MPP mempunyai 10 taman di kawasan perumahan.
Lo berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah mengeluarkan SOP kepada pusat gim dan juga kemudahan-kemudahan sukan yang lain.
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak mengambil peluang untuk berkumpul atau berbual di taman dan sebaliknya menggunakan kemudahan ini untuk bersenam sambil mematuhi SOP.
“Tidak ada keperluan untuk berbual selepas bersenam dan adalah lebih selamat untuk balik terus ke rumah selepas itu. Juga tidak perlu untuk bersenam bersama di taman.
“Sekarang ini adalah masa kritikal dan kita semua perlu lebih berhati-hati untuk menjaga kesihatan dan keselamatan masing-masing,” kata Lo.
Beliau memberi amaran bahawa pihak berkuasa sentiasa boleh membuat pemeriksaan mengejut dan menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP supaya tidak didenda.
Oleh CONNIE CHIENG