Kes harian Covid-19 kelmarin terus mencatatkan peningkatan dengan 4,865 kes direkodkan dan Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,743 kes. Manakala, Bumi Kenyalang turut tidak ketinggalan dalam menyumbang kepada pertambahan kes tertinggi harian dengan 512 kes baharu.
Orang ramai pula dilihat turut menuding jari dengan menyalahkan premis peruncitan dan pusat beli-belah sebagai punca merebaknya jangkitan Covid-19, tanpa kita sedari tanggungjawab ini seharusnya digalas oleh semua pihak dalam pemastian kawalan kendiri di tempat awam.
Rakyat kerap kali diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana inila punca utama penularan jangkitan tanpa gejala.
Antara sikap sambil lewa yang menjadikan situasi semasa semakin buruk adalah memakai pelitup muka secara tidak acuh yang mengundang risiko penularan Covid-19.
KONTROVERSI BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA
Pelancong China enggan kuarantin
Pada petang 24 Januari 2020, sepasang pelancong China membawa anak mereka yang berusia 2 tahun ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan. Setelah itu, hospital mendapati bahawa anak mereka mempunyai gejala jangkitan virus korona. Pihak hospital memerlukan anak pasangan itu dihantar ke wad pengasingan di Hospital Permai untuk pemeriksaan lanjut. Pasangan itu pada mulanya pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, tetapi pihak hospital menasihati mereka untuk pergi ke hospital pusat. Walau bagaimanapun, apabila pasangan itu mengetahui bahawa anak mereka perlu dikuarantin, mereka menolak nasihat doktor kerana ingin kembali ke Guangzhou pada keesokan harinya. Doktor yang menguruskan kes tersebut melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Mereka kemudiannya ditahan oleh polis di lapangan terbang pada 25 Januari 2020, dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya. Pasangan tersebut juga dibawa ke hospital untuk pengasingan.
Topeng muka tidak mencukupi
Pic 1: DARURAT… Notis menunjukkan topeng muka kehabisan stok di salah satu farmasi di Malaysia.
Sejak kes virus yang disyaki muncul di Bintulu, Sarawak, farmasi di bahagian itu telah mula kehabisan topeng muka, penyembur pembasmi kuman, pembersih tangan, gel mandian dan produk lain. Beberapa kawasan lain juga menghadapi gangguan bekalan topeng muka. Berikutan kejadian ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan bahawa kementerian itu memberi perhatian terhadap kekurangan bekalan topeng dan memberi amaran kepada peniaga untuk tidak menaikkan harga topeng muka ketika bekalan berkurangan. Jika tidak, mereka akan dikompaun oleh kementerian. Sesetengah farmasi seperti Caring Pharmacy menasihati pelanggan untuk tidak membeli topeng muka dalam kuantiti yang banyak, dan pada masa yang sama, mengambil kira keperluan pelanggan lain. Farmasi itu hanya menetapkan bahawa pelanggan hanya boleh membeli maksimum satu (1) kotak topeng pada satu masa.
Pada 10 Februari 2020, sebanyak 17 peniaga di Selangor telah dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna kerana menaikkan harga topeng.
Masjid tolak lawatan pelancong bukan Islam
Pada 26 Januari 2020, dua masjid di Putrajaya, iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Masjid Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa ketiga-tiga masjid tersebut ditutup buat sementara waktu kepada pelancong bukan Islam susulan kebimbangan terhadap pandemik virus korona. Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberitahu bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menyekat pelancong dari melawat masjid-masjid tersebut dan menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan langkah tersebut. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi juga menyatakan pandangan serupa terhadap langkah itu. Beliau bekerjasama dengan pihaknya untuk menulis surat kepada pihak masjid agar tidak menyekat pelancong mengadakan lawatan. Pada 29 Januari 2020, ketiga-tiga masjid itu kemudiannya dibuka semula kepada pelancong bukan Islam untuk dilawati.
Kesilapan diagnosis virus
Pada 14 Februari 2020, 145 penumpang kapal persiaran Westerdam turun dari Sihanoukville, Kemboja. Kemudian, mereka menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk transit di Kuala Lumpur. Mereka merancang untuk menaiki penerbangan sewa khas yang ditempah Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk membawa mereka pulang ke Amerika Syarikat. Pada 15 Februari, seorang wanita Amerika berusia 83 tahun dalam kalangan penumpang, didapati mengalami demam semasa pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan kemudian didapati positif terhadap ujian jangkitan virus. Selepas menerima berita itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen meminta Malaysia untuk membuat ujian semula. Keputusan ujian kali keduan adalah positif. Kes ke-22 yang disahkan secara rasmi di Malaysia pada 15 Februari. Wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala suami wanita tersebut didapati negatif. Hun Sen sentiasa curiga dengan keputusan ujian dan juga mempersoalkannya sebanyak dua kali di khalayak umum.
Pada 21 Februari, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Wan Azizah Wan Ismail menegaskan dalam satu sidang akhbar bahawa dalam dua ujian terakhir, wanita AS yang disahkan tidak lagi mempunyai virus dalam badan beliau, tetapi masih ada simptom batuk dan perlu dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan. Setelah menerima berita, Kementerian Kesihatan Kemboja mengecam Kementerian Kesihatan Malaysia kerana “salah diagnosis”. Pada hari sama, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan di Facebook bahawa keputusan ujian itu adil kepada semua penumpang di Kemboja dan mengkritik kelalaian pihak berkuasa Malaysia. Pada 22 Februari, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan , Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa selepas kedua-dua ujian disahkan pada hari ke-15, keadaan wanita itu bertambah baik dan selepas 72 jam rawatan, dan dua lagi ujian dilakukan 24 jam sebelum itu, menunjukkan keputusan negatif.
Semoga kita terus peka akan garis panduan yang telah ditetapkan supaya usaha untuk memutuskan Covid-19 ini tidak sia-sia.