S’wak belanjakan RM151 juta depani Covid-19

Facebook
WhatsApp
TAKLIMAT… Datuk Patinggi Abang Johari diberikan taklimat khas berhubung situasi Covid-19 di Bintulu.

BINTULU: Sehingga Mei tahun ini, Kerajaan Sarawak telah membelanjaan sebanyak RM151 juta untuk menghadapi penularan wabak Covid-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah tersebut meningkat berbandang tahun 2020 hanya RM91 juta sahaja.

“Perbelanjaan pada tahun ini meningkat disebabkan beberapa langkah yang kita buat untuk membantu mengawal Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Khas Situasi Pandemik Covid-19 di Bahagian Bintulu, semalam.

Menurutnya, kos sehingga bulan Mei itu turut membabitkan perbelanjaan di pusat-pusat kuarintin.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak RM3.66 juta diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu menerusi Pejabat Residen Bahagian Bintulu untuk mengawasi beberapa langkah penularan Covid-19.

“Kita juga mendapat pemintaan dari pihak Hospital Bintulu untuk membeli keperluan dan peralatan,”

“Kerajaan melulusan kesemua permohonan keperluan tersebut dengan anggaran bernilai RM5 juta untuk Hospital Bintulu,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau menyeru kerjasama semua pihak khususnya Ketua Masyarakat dan Tuai Rumah untuk memperketat Prosedur Operasi Standard menjelang perayaan Hari Gawai nanti bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Oleh ELLIE EDWARD

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

Pemilihan Kata yang Menjadi dalam Sajak

APABILA memperkatakan sajak, fokus utamanya tentu sahaja tentang pemilihan kata. Walaupun tema menjadi asas pemikiran sesebuah sajak dilahirkan, pemilihan kata