KUCHING: Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 Sarawak (CITF Sarawak) memutuskan untuk membenarkan penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 secara sukarela untuk melengkapkan Pelan Vaksinasi Covid-19 Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, vaksin akan dibekalkan ke Sarawak melalui koordinasi CIFT kebangsaan dan akan ditawarkan kepada masyarakat yang memenuhi syarat berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ secara janji temu.
“Pusat vaksinasi yang terpisah dan khusus akan didirikan dan disiapkan untuk tujuan ini dan akan diumumkan kelak,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Uggah berkata, Kumpulan Penasihat Vaksin Covid-19 Sarawak (SCoVAG) telah meneliti dan mengkaji perkembangan Covid-19 secara global, kebangsaan dan tempatan pada masa ini dan vaksin AstraZeneca Covid-19 (sekarang disebut Vaxzevria) khasnya.
“SCoVAG telah mengemukakan cadangan untuk menggunakan vaksin AstraZeneca (Vaxzeyria) yang layak secara sukarela kepada CITF Sarawak.
“Selepas tinjauan dan pembentangan, CITF Sarawak memutuskan untuk membenarkan penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 untuk melengkapkan Pelan Vaksinasi Covid-19 Sarawak,” ujarnya.Beliau yang juga merupakan Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keputusan itu dibuat susulan daripada pengumuman daripada kerajaan persekutuan bahawa vaksin AstraZeneca akan menjadi sebahagian daripada Pelan Vaksinasi Covid-19 di seluruh negara, sekitar 8,000 orang telah membatalkan pendaftaran vaksinasi dalam talian.
“Terdapat juga keraguan terhadap vaksin yang semakin meningkat dengan beberapa orang tidak muncul untuk janji temu vaksinasi mereka.
“Oleh itu, keputusan dibuat untuk mengambil vaksin AstraZeneca daripada Pelan Imunisasi Covid-19 Nasional dan vaksin itu ditawarkan kepada mereka yang menawarkan diri dengan cara ‘Sapa cepat, dia dapat’.
“Bukan itu sahaja, berdasarkan kadar penolakan pendaftaran vaksinasi, CITF Sarawak memilih untuk tidak menerima vaksin Astra Zeneca untuk Pelan Vaksinasi Covid-19,” jelasnya.
Dalam pada itu, Uggah turut memberitahu bahawa Kerajaan Sarawak tidak mahu Program Vaksinasi Covid-19 di negeri ini terganggu dengan ketakutan dan keraguan akibat penggunaan AztraZeneca.
Selepas berpengalaman menawarkan vaksin AstraZeneca di Selangor dan Kuala Lumpur secara sukarela, sebuah akhbar tempatan membuat tinjauan dalam talian dan pada 4 Mei lalu di Sarawak mengenai penerimaan vaksin AstraZeneca.
“Hasil tinjauan menunjukkan bahawa 69.4 peratus daripada 1,037 resposn menyokong pemberian pilihan kepada penduduk Sarawak untuk diberi vaksin dengan vaksin AstraZeneca Covid-19.
“Namun, hanya 52.9 peratus daripada 1,040 respons yang diterima sebenarnya ingin diberi vaksin dengan vaksin AstraZeneca Covid-19.
“Melihat kepada kesediaan rakyat di Sarawak untuk memilih vaksin AstraZeneca, CITF Sarawak bersetuju untuk membenarkan vaksin ini digunakan di Sarawak secara sukarela,”katanya.
Oleh JEAKQLEYN YACHO