Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persatuan Anaq Vaie Bintulu santuni barisan hadapan
  • TEMPATAN

Persatuan Anaq Vaie Bintulu santuni barisan hadapan

Utusan Sarawak 4 years ago
PAVB mengagihkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di salah satu SJR sekitar Daerah Bintulu.

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu memyantuni barisan hadapan dengan mengagihkan bubur lambuk kepada mereka yang bertugas di enam Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar Daerah Bintulu pada Ahad.

Pengerusinya, Pandi Suhaili berkata, pengagihan bubur tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan terutama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjaga SJR sepanjang pandemik Covid-19 selama ini.

“PAVB hari ini (Ahad) telah menghantar bubur pedas ke barisan hadapan di sekitar Bintulu ini sebagai tanda sokongan kami kepada mereka yang telah bertungkus-lumus menjaga dan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan dipatuhi oleh masyarakat yang mana tujuannya adalah untuk mengekang wabak Covid-19 daripada terus berjangkit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program pengagihan bubur lambuk itu di Pasar Ikan Sungai Sebiew.

Selain itu, katanya lagi, ia juga merupakan salah satu aktiviti yang lazimnya diadakan pada bulan Ramadan untuk menyantuni masyarakat setempat semasa pengagihan bubur pedas tersebut yang lebih dikenali sebagai bubur lambuk.

“Ini sebenarnya adalah satu daripada program PAVB pada setiap bulan Ramadan di mana kita cuba menyantuni masyarakat setempat terutamanya umat islam yang sedang berpuasa dengan mengagihkan makanan tradisi kita di sini iaitu bubur pedas.

“Jadi Alhamdulillah, PAVB walaupun dalam keadaan sederhana di mana pihak Biro Wanita bergotong-royong seramai dua tiga orang sahaja untuk memasak bubur pedas daripada awal pagi, kita dapat mengagihkannya kepada orang ramai yang lalu-lalang di Jalan Sebiew ini,” jelasnya.

Difahamkan, untuk program tersebut, sebanyak 400 bubur lambuk berjaya dihasilkan oleh Biro Wanita sebelum dihantar dan diagihkan, bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Continue Reading

Previous: Jangan kerja bermusim – Rubiah Wang
Next: PERTINGKATKAN KERJASAMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.