Rakyat Sarawak digalak kibar Jalur Gemilang, Ibu Pertiwi

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MERIAH… Dato Henry Sum Agong memeriahkan sambutan Hari Sarawak bersama PPWS Cawangan Lawas di Tebingan Sungai Lawas.

LAWAS: Rakyat Sarawak digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak, Ibu Pertiwi di kediaman masing-masing menjelang sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai setiap tahun.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, 22 Julai merupakan tarikh yang amat bermakna kepada rakyat Sarawak kerana menandakan bermulanya pentadbiran sendiri negeri ini.

Justeru, katanya, semangat kemerdekaan sendiri itu perlu diraikan dengan penuh semangat patriotisme oleh rakyat Sarawak.

POTONG PULUT KUNING… Dato Henry Sum Agongbersama yang lain memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian majlis sempena sambutan Hari Sarawak di Tebingan Sungai Lawas.

“Apabila kita meraikan peristiwa bersejarah yang penting ini, kita perlu menyemarakkan sambutan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak, Ibu Pertiwi, dengan penuh semangat. Ini penting dan kita mahu semangat mengibarkan kedua-dua bendera tersebut terus diperkasakan pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada sambutan Hari Sarawak anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Lawas di Tebingan Sungai Lawas, hari ini.

Katanya, rakyat Sarawak perlu mempunyai keyakinan diri serta bersedia berdikari dalam memacu pembangunan negeri ini.
Beliau menegaskan bahawa kepimpinan Sarawak perlu terus diberikan sokongan padu kerana lebih memahami keperluan serta aspirasi masa depan anak-anak Sarawak.

SUASANA sambutan Hari Sarawak bersama PPWS Cawangan Lawas di Tebingan Sungai Lawas.  

Beliau menegaskan bahawa kepimpinan Sarawak perlu terus diberikan sokongan padu kerana lebih memahami keperluan serta aspirasi masa depan anak-anak Sarawak.

Hadir sama Pengerusi PPWS Lawas Suriah Jinin, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Sari Aujinajian Garip dan lebih 500 ahli PPWS cawangan Lawas.

Oleh Adeng Edrus