
LONDON: Slavko Vincic akan mengadili perlawanan akhir Piala Dunia pada awal pagi Isnin ini (waktu Malaysia) antara Sepanyol dan Argentina, lapor PA Media/dpa.
FIFA mengumumkan pengadil Slovenia itu akan bertanggungjawab ke atas permainan akhir kejohanan itu, dengan Tomaz Klancnik dan Andraz Kovacic berkhidmat sebagai pembantunya.
Adham Makhadmeh dari Jordan juga telah dilantik sebagai pegawai keempat untuk aksi itu.
Final dijadualkan berlangsung di East Rutherford, New Jersey, pada Ahad, dengan Argentina menempah tempat selepas menewaskan England, manakala Sepanyol menundukkan Perancis dalam pertembungan separuh akhir mereka.- Bernama-PA Media/dpa




