Laluan masuk ICU Hospital Bintulu diubah sepanjang kerja naik taraf

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
LALUAN masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bintulu akan diubah sementara berikutan kerja naik taraf lobi ICU bermula 15 Julai hingga 6 Oktober 2026.

BINTULU: Laluan masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bintulu akan mengalami perubahan sementara berikutan pelaksanaan Projek Naik Taraf Lobi ICU kepada Ruang Menunggu dan Bilik Kaunseling bermula 15 Julai hingga 6 Oktober ini.

Menurut kenyataan Hospital Bintulu, sepanjang tempoh pelaksanaan projek berkenaan, pintu utama ICU akan ditutup dan semua kakitangan, pesakit, pelawat serta pihak berkaitan diminta menggunakan laluan alternatif yang telah ditetapkan.

“Pelawat masih dibenarkan melawat pesakit di ICU dengan kebenaran Pengurus Wad atau pasukan Anaestesiologi.

“Semua pelawat perlu mendaftar di Kaunter Keselamatan (Pintu Masuk SCN) sebelum diiringi ke ICU bagi memastikan kelancaran urusan lawatan,” katanya.

Justeru, pihak Hospital Bintulu memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh kerja naik taraf dijalankan serta menghargai kerjasama semua pihak.

Oleh Carolyne Utih