Sambutan menggalakkan terhadap tayangan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Bintulu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming mengajak orang ramai menyertai program tayangan bersama Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Naim Paragon Street Mall, Bintulu pada 20 Julai ini.

BINTULU: Sambutan orang ramai terhadap program tayangan bersama Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming terus menggalakkan apabila hanya tinggal 50 tempat lagi sebelum pendaftaran ditutup.

Johnny Pang berkata, program yang akan berlangsung pada 20 Julai ini di Naim Paragon Street Mall itu menerima sambutan di luar jangkaan, sekali gus mencerminkan minat tinggi masyarakat untuk menyaksikan perlawanan kemuncak kejohanan bola sepak terbesar dunia secara bersama.

“Terima kasih atas sokongan luar biasa daripada semua. Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, kini hanya tinggal 50 tempat lagi.

“Kepada yang belum mendaftar, segeralah berbuat demikian kerana penyertaan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya dalam satu kenyataan.

Program yang dijadual bermula pada 3.00 pagi itu turut menyediakan burger dan minuman secara percuma kepada peserta selagi stok masih ada.

Orang ramai boleh membuat pendaftaran secara dalam talian sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Beliau turut mengajak orang ramai hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan suasana tayangan akhir Piala Dunia FIFA 2026, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti melalui aktiviti sukan.

Oleh Carolyne Utih