MUKAH: Sambutan orang ramai terhadap ‘Ikan Bakar’ tidak pernah luntur namunpun kini pelbagai juadah untuk berbuka puasa boleh diperolehi di mana sahaja.
Makanan yang dimasakan dengan kaedah yang diperaktikan semenjak zaman batu lagi ini tetap mendapat tempat dikalangan pencinta makanan tempatan.
Antara ikan bakar yang popular ialah Yu, Sadin, Tongkol, Selar bersaiz besar, Sembilang, Bawal Hitam, Kembong, Pari dan ayam seperti paha, kepak, buntut dan hati, termasuk sosej.
Mereka yang masih kelihatan menjual makanan bakar segar berdekatan dengan Pasar Basah ialah Azmi Zullkifli, Pajar Sidek Kassim dan Hamlin Snin.
Makanan-makanan bakar ini sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan kerana harganya boleh dikatakan amat berpatutan.
Pada bulan Ramadan ini ia bukan hanya dijual di lokasi atau premis tertentu akan tetapi juga boleh diperolehi melalui ‘atas talian’ samaada penghantaran kepada pelanggan atau pandu lalu.
Oleh HENRY B SIYU