Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PRN Johor: Bersama hilang deposit di semua 15 DUN ditandingi
  • SEMASA

PRN Johor: Bersama hilang deposit di semua 15 DUN ditandingi

Utusan Sarawak 12 hours ago
BENDERA Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) berkibar di sepanjang jalan sekitar Taman Sentosa di sini, menjelang tempoh berkempen bagi pilihan raya. Bendera yang dipasang di kawasan tumpuan itu menceriakan suasana serta mencerminkan kehangatan kempen politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 ketika tinjauan fotoBERNAMA di sekitar Taman Sentosa. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang baru mewarnai kancah politik tanah air berdepan tamparan hebat apabila kesemua 15 calonnya hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, hari ini.

Langkah sulung parti berkenaan berakhir dengan kekecewaan selepas mereka gagal meraih sokongan minimum satu perlapan atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi di setiap kawasan yang ditandingi.

Kegagalan memperoleh jumlah undi minimum itu menyaksikan parti yang diterajui bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli tersebut terpaksa “berputih mata” di kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan.

Kawasan berkenaan merangkumi DUN Bukit Naning, Mahkota, Tiram, Permas, Larkin, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Senai, Bukit Batu dan Puteri Wangsa.

Meskipun barisan kepimpinan Bersama sebelum ini menyatakan keyakinan tinggi terhadap saringan calon mereka yang terdiri daripada golongan profesional dan aktivis masyarakat, keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan corak pengundian masih memihak kepada parti-parti sedia ada. 

PRN Johor ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat untuk menerajui semula Kerajaan Negeri Johor selepas memenangi 48 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara itu, Pakatan Harapan mendapat lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional, Bersama, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Orang Asli Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta calon Bebas gagal memenangi sebarang kerusi. 

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kes dana armada : Nasib Syed Saddiq diketahui esok
Next: Hormati pilihan rakyat Johor, fokus kepada tadbir urus – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.