
KANSAS CITY (Missouri): Selepas dua kemenangan yang tidak begitu mudah menentang pasukan bukan pilihan, Argentina tidak seharusnya memandang rendah Switzerland pada suku akhir Piala Dunia dalam apa jua keadaan, kata jurulatih juara bertahan itu hari ini, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
“Tiada lawan yang mudah, kita semua tahu itu. Bagi saya, Switzerland ialah pasukan yang cemerlang,” kata jurulatih Lionel Scaloni.
Lawan akan “sentiasa melawan,” katanya.
Scaloni berkata beliau percaya Switzerland mempunyai “pemain yang sangat berpengalaman” dan “benar-benar lawan yang sukar.”
Bagaimanapun, juara bertahan itu, diketuai penjaring gol terbanyak Piala Dunia, Lionel Messi, melangkah ke perlawanan sebagai pilihan utama.
Perlawanan dijadualkan di bandar Midwest pada 9.00 pagi esok (waktu Malaysia) dan akan berlangsung di stadium Kansas City Chiefs NFL.
Pasukan Messi bergelut dalam dua pusingan kalah mati pertama menentang Cape Verde dan Mesir.
Scaloni berkata beliau tidak bimbang mengenai Messi, 39, boleh mengalami masalah fizikal dalam perlawanan keenamnya dalam Piala Dunia dengan 48 pasukan itu.
“Beliau cergas. Beliau mempunyai jurulatih kecergasan,” kata jurulatih itu. – Bernama