Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemanah tempatan dipelawa sertai Pertandingan Memanah Tradisional TSI 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemanah tempatan dipelawa sertai Pertandingan Memanah Tradisional TSI 2026

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUMBANGAN… Pemanca Lim Guan Ann menyampaikan sumbangan hamper kepada Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan Memanah Tradisional Santai-Santai (Tertutup) TSI 2026 di Saratok sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program berkenaan, malam tadi. Foto: Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan Memanah Tradisional Santai-Santai (Tertutup) TSI 2026.

SARATOK: Penyertaan bagi Pertandingan Memanah Tradisional Santai-Santai (Tertutup) TSI 2026 yang dijadual berlangsung pada 18 Julai ini masih dibuka kepada pemanah tempatan dari Daerah Saratok sehingga tarikh tutup penyertaan pada 15 Julai.

Ahli Jawatankuasa Penganjuran, Arizal Ali berkata pertandingan itu mempertandingkan kategori lelaki bagi acara jarak 30 meter dan dijangka menghimpunkan peminat sukan memanah tradisional dari sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubunginya di talian 012-8036284 atau Arawan di talian 019-486940.

Menurut beliau, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pemanah bagi memeriahkan pertandingan, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan tradisional.

Dalam pada itu, Arizal merakamkan penghargaan kepada Pemanca Lim Guan Ann atas sumbangan hamper yang diberikan bagi membantu menjayakan penganjuran pertandingan tersebut.

Sementara itu, Lim berkata sumbangan berkenaan merupakan tanda sokongan terhadap usaha menganjurkan aktiviti sihat yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, selain memberi peluang kepada golongan belia mengisi masa lapang dengan kegiatan yang bermanfaat.

Beliau berkata, sukan tradisional seperti memanah wajar terus dipelihara dan dipromosikan agar tidak pupus ditelan peredaran zaman, di samping menjadi medium untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, beliau akan terus menyokong penganjuran program sukan dan kemasyarakatan melalui pelbagai bentuk bantuan bagi memastikan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: 13 kelab permotoran meriahkan Konvoi Perpaduan Sebauh 2026 sempena Pesta Sebauh 2026
Next: 24 KIR terima bantuan peralatan RM120,000 melalui Program Sejahtera MADANI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.