Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AirBorneo: Tiket sehala Kuching-Singapura RM399 mula dibuka
  • BISNES

AirBorneo: Tiket sehala Kuching-Singapura RM399 mula dibuka

Utusan Sarawak 8 hours ago
JADUAL Penerbangan, Tambang dan Kemudahan Laluan Kuching (KCH) – Singapura (SIN) AirBorneo.

KUCHING: AirBorneo Airways melakar satu lagi detik penting dalam perkembangan industri penerbangan Sarawak apabila membuka jualan tiket bagi laluan antarabangsa pertamanya, menghubungkan Kuching dan Singapura bermula 22 Julai ini.

Laluan baharu itu akan beroperasi setiap hari antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dan Lapangan Terbang Changi Singapura Terminal 4, sekali gus memperkukuh hubungan udara Sarawak dengan salah satu hab penerbangan, perniagaan dan pelaburan utama di rantau ini.

AirBorneo dalam kenyataan hari ini memaklumkan jualan tiket akan dibuka pada 13 Julai 2026, 10.00 pagi, dengan tambang pengenalan sehala serendah RM399 bagi kelas ekonomi dan RM871 bagi kelas perniagaan, termasuk cukai lapangan terbang serta surcaj bahan api.

Penerbangan sulung laluan Kuching-Singapura itu akan bermula pada 22 Julai 2026, bertepatan dengan sambutan Hari Sarawak, yang memperingati perjalanan Sarawak dalam menentukan hala tujunya sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Aminuddin berkata, pembukaan laluan antarabangsa pertama itu menjadi langkah penting dalam perjalanan pertumbuhan syarikat penerbangan berkenaan untuk membawa hubungan udara Sarawak melangkaui sempadan Malaysia.

“Singapura merupakan hab serantau dan antarabangsa yang penting, dan laluan baharu ini akan mewujudkan peluang bermakna dalam bidang perdagangan, pelancongan dan pelaburan antara Sarawak serta rantau lebih luas,” katanya.

Menurutnya, AirBorneo kekal komited untuk menghubungkan masyarakat, perniagaan dan peluang melalui perkhidmatan penerbangan yang selamat serta boleh dipercayai.

Penerbangan MY363 dari Kuching akan berlepas pada 6.50 petang dan tiba di Singapura pada 8.25 malam, manakala penerbangan MY364 dari Singapura akan berlepas pada 9.15 malam dan tiba di Kuching pada 10.50 malam.

Pembukaan laluan itu menandakan peralihan AirBorneo daripada fokus jaringan domestik kepada pengembangan antarabangsa selepas mengambil alih operasi MASWings pada Januari 2026.

Dengan rangkaian semasa melibatkan 21 destinasi, AirBorneo kini memperkukuh peranannya sebagai penghubung utama yang menyokong pertumbuhan ekonomi, pelancongan dan mobiliti rakyat di Sarawak serta Borneo.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam julat kecil minggu depan
Next: Piala Dunia: Mas meriahkan cabaran tular tukar logo syarikat penerbangan Norway-England

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.