Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Norway kekurangan skrin besar untuk tayangan suku akhir Piala Dunia
  • GLOBAL

Norway kekurangan skrin besar untuk tayangan suku akhir Piala Dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENYOKONG Norway bersiap sedia untuk menyertai “Viking Row”, sorakan yang dicipta oleh penyokong bola sepak Norway dan menjadi popular sepanjang Piala Dunia FIFA 2026, di Miami Beach, Florida, pada 10 Julai 2026. Penyokong bola sepak itu berhimpun di Ocean Drive bagi memberikan sokongan menjelang perlawanan suku akhir Piala Dunia antara Norway dan England yang akan berlangsung di Miami Gardens pada 11 Julai. Foto AFP

COPENHAGEN: Pihak berkuasa tempatan Norway dan penganjur acara kini bertungkus-lumus mendapatkan skrin besar menjelang perlawanan suku akhir Piala Dunia membabitkan pasukan kebangsaan mereka menentang England, menurut media Scandinavia pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Banyak pihak berkuasa tempatan dan syarikat merancang untuk menayangkan perlawanan tersebut kepada khalayak ramai pada Sabtu, namun bekalan skrin besar dilaporkan sangat terhad.

Morten Reffhaug daripada syarikat skrin besar To-Be-More di bandar Lier memberitahu penyiar Norway, NRK, bahawa beliau hampir tidak menang tangan melayan panggilan telefon yang bertali arus bagi mendapatkan bekalan skrin tambahan.

Penyiar DR dan SVT melaporkan pegawai kerajaan Norway telah pun menghubungi syarikat-syarikat di Denmark dan Sweden bagi mendapatkan skrin tambahan untuk aksi suku akhir Piala Dunia lelaki yang pertama buat Norway. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: FIFA jual kepingan padang Piala Dunia 2026 sebagai bahan koleksi
Next: 10 terbunuh dalam nahas pesawat kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.