Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRN Johor: Kadar keluar mengundi cecah 26.43 peratus setakat 11.00 pagi – Pengerusi SPR
  • NASIONAL

PRN Johor: Kadar keluar mengundi cecah 26.43 peratus setakat 11.00 pagi – Pengerusi SPR

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENGUNDI terawal yang hadir untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam hari ini. Lebih 2.7 juta pemilih yang layak akan mengundi dalam PRN ke-16 bagi memilih wakil rakyat mereka. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 mencecah 26.43 peratus setakat pukul 11.00 pagi hari ini, mengatasi kadar yang direkodkan pada waktu sama semasa PRN lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata hingga 11.00 pagi ini seramai kira-kira 709,000 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu pengundi kurang upaya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Semerah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Pusat Menggundi Sekolah Kebangsaan (SK) Peserai hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata pada PRN 2022, kadar keluar mengundi setakat 11.00 pagi hanya sekitar 21 peratus, sekali gus menunjukkan peningkatan yang positif.

“Kita mengharapkan momentum ini akan berterusan sehingga ke petang bagi memastikan seramai mungkin pengundi berdaftar keluar mengundi,” katanya selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Uda Utama bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, di sini, hari ini.

LIMA sekeluarga, Md Faizal Mamolah (tengah) bersama isteri dan tiga anaknya menunjukkan jari yang sudah dicelup dakwat selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Melati sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, hari ini. Foto BERNAMA

Bagaimanapun, katanya, hujan yang melanda beberapa kawasan termasuk Muar, Kluang dan Johor Bahru dijangka memberi sedikit kesan kepada kadar keluar mengundi pada sebelah petang.

“Akibat daripada hujan ini kita menjangkakan ada sedikit gangguan (kepada peratusan keluar mengundi). Tapi kita masih lagi boleh (capai) sekitar 65 hingga 70 peratus,” katanya.

PARA pengundi hadir seawal pagi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Semerah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Pusat Menggundi Sekolah Kebangsaan (SK) Peserai hari ini. Foto BERNAMA

Mengenai perjalanan proses pengundian, Ramlan berkata setakat ini SPR tidak menerima sebarang laporan insiden serius, sebaliknya hanya kesalahan kecil berkaitan pilihan raya.

Secara keseluruhan sehingga malam tadi, sebanyak 799 laporan telah diterima, dengan 96 kes di bawah siasatan polis manakala selebihnya melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta kesalahan lain seperti pemasangan poster dan sebagainya.

ANGGOTA polis membantu warga emas yang hendak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar hari ini. Foto BERNAMA

“Jadi kes-kes yang di bawah tindakan polis itu, (akan) serah kepada pihak polis untuk meneliti,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pengundi berpakaian tertentu seperti berseluar pendek tidak dibenarkan mengundi.

“Tidak ada isu berkaitan kod pemakaian kerana perkara itu bukan di bawah peruntukan undang-undang pilihan raya,” katanya.

WARGA emas antara pengundi yang awal menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar hari ini. Foto BERNAMA

Mengulas isu pengundi warga emas yang tersalah pusat mengundi, Ramlan berkata pengundi sepatutnya membuat semakan pusat mengundi lebih awal bagi mengelakkan kekeliruan pada hari pengundian.

Bagaimanapun, beliau berkata SPR turut menyediakan kaunter semakan di pusat mengundi dan akan membantu sebaik mungkin semua pengundi yang terlibat supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab mengundi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor. – Bernama

Continue Reading

Previous: Taufan Bavi: Malaysia Airlines batal penerbangan Kuala Lumpur – Taipei
Next: 250 pelatih wanita lapor diri di Kem 515 AW, 12 diberi pelepasan mengundi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.