Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang Tiong Sii sampaikan peruntukan MRP kepada 46 organisasi
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang Tiong Sii sampaikan peruntukan MRP kepada 46 organisasi

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO’ Sri Huang Tiong Sii menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada wakil penerima pada majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

SARIKEI: Sebanyak 46 penerima yang terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata penyaluran peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa organisasi akar umbi yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

Beliau berkata PIBG, NGO dan JKKK memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai program berkaitan pendidikan, kebajikan, kemasyarakatan dan pembangunan di peringkat komuniti.

“Saya amat menghargai sumbangan PIBG, NGO dan JKKK yang menjadi penggerak utama dalam melaksanakan pelbagai program demi kesejahteraan masyarakat.

WAKIL penerima merakamkan gambar pada majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

“Peruntukan MRP ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi melaksanakan aktiviti yang memberi impak positif kepada komuniti serta meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian selepas menyampaikan peruntukan berkenaan di Pusat Khidmat Parlimen Sarikei, baru-baru ini.

Huang berkata beliau akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan manfaatnya dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Saya berharap setiap penerima menguruskan peruntukan yang disalurkan secara berhemah, telus dan berintegriti supaya setiap program yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Kerjasama erat antara kerajaan, institusi pendidikan, NGO dan JKKK akan terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan yang mampan serta kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong sumbang tongkat bantu warga emas
Next: 278 penerima terima surat hak milik 345 lot tanah di Kuala Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.