Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pertembungan dua lori hampir ragut nyawa kanak-kanak
  • KEMALANGAN

Pertembungan dua lori hampir ragut nyawa kanak-kanak

Utusan Sarawak 6 hours ago
 KEADAAN lori yang remuk selepas kejadian.

SERIAN: Detik cemas hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki apabila lori yang dinaikinya terbabit dalam pertembungan dengan sebuah lagi lori muatan tanah di simpang masuk Ladang Tabung Haji Gedong, Bukit Engkarit di Jalan Pan Borneo Gedong–Serian, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.00 pagi itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan pada kaki kanan, manakala seorang lelaki dewasa terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, PBK I Fairus Jamain @ Taufek, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.01 pagi dan setibanya pasukan di lokasi, kedua-dua mangsa didapati telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Kanak-kanak yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Serian untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada operasi menyelamat dijalankan dan pasukan bomba hanya melakukan pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada 9.45 pagi.

Kejadian itu menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada, terutama ketika melalui laluan yang sibuk dengan kenderaan berat.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan kendiri di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.