Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan kuat landa Selatan Jepun, amaran tanah runtuh, banjir dikeluarkan
  • GLOBAL

Taufan kuat landa Selatan Jepun, amaran tanah runtuh, banjir dikeluarkan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAKITANGAN bersiap siaga di kaunter daftar masuk Lapangan Terbang Naha di Naha, Wilayah Okinawa, pada 10 Julai 2026. Taufan Bavi dijangka membadai utara dan timur Taiwan serta kepulauan terpencil di barat daya Jepun pada 10 dan 11 Julai sebelum melanda China, yang minggu ini dilanda ribut maut. Foto AFP

TOKYO: Taufan kuat melanda wilayah pulau Okinawa di selatan Jepun pada Sabtu, menjejaskan beberapa penerbangan dan mendorong agensi cuaca mengeluarkan amaran tanah runtuh dan banjir, lapor Kyodo News.

Taufan Bavi diramal membawa angin kencang yang berpotensi merosakkan rumah, selain ombak tinggi dengan risiko banjir di kawasan rendah berhampiran pantai dan sungai, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Ia dijangka melanda Kepulauan Sakishima dan bergerak keluar dari Jepun.

Setakat 6.00 pagi, taufan kesembilan musim itu bergerak dengan kelajuan kira-kira 20 kilometer sejam (kph) ke timur-barat daya Pulau Miyako di Okinawa, membawa angin berkelajuan sehingga 216 kph. – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Juruterbang AS, wanita tertua ke angkasa Wally Funk meninggal dunia pada usia 87
Next: China ikuti jejak SpaceX- kejayaan pertama pulihkan peringkat roket boleh guna semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.