Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan STEM lahirkan generasi masa depan
  • PENDIDIKAN

Pendidikan STEM lahirkan generasi masa depan

Utusan Sarawak 21 hours ago
TAHNIAH…Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Baram Matthew Laing Ngau menyampaikan hadiah kepada peserta SK Good Shepherd diketuai Stephen Versov Rubis dan dua orang murid Wilkinson Muli James dan Lynisha Andrea Jane yang memenangi Anugerah Booth STEM Inspirasi. Foto : Jiku Juguong

MARUDI: Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM), pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) memainkan peranan penting dalam membangunkan negara menerusi tiga fokus utama.

Pengarah Jabatan Pendidikan, Omar Haji Mahli berkata, fokus pertama ialah memperkasa modal insan berkualiti dengan melahirkan murid yang menguasai STEM serta memiliki kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti.

Menurut beliau, fokus kedua ialah memacu transformasi digital melalui pengukuhan literasi digital serta pendedahan kepada teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), robotik dan pengaturcaraan.

TERBAIK…Omar Haji Mahli, Mathew Laing Ngau, Donald Henry Nohed merakam gambar kenangan bersama lima pasukan showcase terbaik / PBL STEM bersepadu kategori sekolah menengah. Foto : Jiku Juguong

“Fokus ketiga pula ialah memperkukuh penyelidikan, pembangunan dan inovasi dengan membudayakan penyelesaian masalah, kreativiti serta inovasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Semoga usaha memperkasakan STEM ini terus menyokong hasrat Rancangan Malaysia untuk melahirkan generasi yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Karnival STEM Baram 2026 bertemakan ‘Bersama Memperkasa STEM, Melahirkan Generasi Masa Hadapan’ yang berlangsung di Dewan Suarah Baram, semalam.

Omar berkata, hasrat tersebut hanya dapat direalisasikan apabila pendidikan STEM dapat diakses dan dimanfaatkan oleh semua murid tanpa mengira latar belakang atau lokasi sekolah.

“Penyertaan yang menyeluruh dalam program ini membuktikan peluang untuk meneroka bidang STEM semakin meluas. Lebih membanggakan, murid dari seluruh daerah Baram termasuk kawasan pedalaman turut mengambil bahagian,” katanya.

Menurut beliau, penyertaan itu membuktikan lokasi bukan penghalang kepada kecemerlangan, malah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sentiasa komited memastikan setiap murid, sama ada di bandar, luar bandar mahupun pedalaman, mendapat peluang yang sama untuk mengembangkan potensi mereka.

Beliau yakin dengan bimbingan guru serta sokongan ibu bapa dan komuniti, anak-anak Baram mampu bersaing dan menjadi generasi yang cemerlang pada masa hadapan.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Donald Henry Nohed, Pegawai Pendidikan Daerah Miri Jumari Hashim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) PPD Baram Tang Hooi Joo, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Cawangan Baram Rechard Emang, serta Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Baram, Charles Jalak.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Pengisian jawatan guru prasekolah KPM capai 99.8 peratus setakat 1 Julai – Wong
Next: Program Pendidikan Literasi Fungsian sumbang pembentukan masyarakat berilmu dan celik digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.