Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Airbus, MTU bangunkan enjin pesawat tanpa pelepasan
  • GLOBAL

Airbus, MTU bangunkan enjin pesawat tanpa pelepasan

Utusan Sarawak 12 hours ago
AIRBUS dan MTU akan melancarkan usaha sama enjin hidrogen dalam langkah besar ke arah penerbangan sifar pelepasan.

MUNICH: Airbus dan pengeluar enjin MTU merancang untuk membangunkan secara bersama enjin pesawat berasaskan sel bahan api yang tidak menghasilkan pelepasan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Menurut kenyataan kedua-dua syarikat pada Selasa, sebuah usaha sama dijangka membangunkan dan memasarkan enjin baharu itu mulai 2027.

Kedua-dua syarikat mengumumkan penubuhan usaha sama berkenaan sebagai langkah seterusnya dalam kerjasama mereka selepas menandatangani memorandum persefahaman pada 2025.

Bagaimanapun, kelulusan kawal selia dan perbincangan dengan badan perwakilan pekerja masih belum dimuktamadkan.

Pelepasan daripada enjin pesawat konvensional amat memudaratkan iklim kerana pesawat jet beroperasi pada altitud tinggi.

Dalam industri penerbangan, pendorongan bateri elektrik dianggap tidak sesuai untuk pesawat bersaiz besar berikutan faktor berat bateri.

Sebaliknya, sel bahan api menjana elektrik di dalam pesawat melalui tindak balas kimia antara hidrogen dan oksigen.

Usaha sama yang dirancang itu bukan sahaja bertujuan membawa teknologi pendorongan sel bahan api ke tahap sedia dipasarkan, malah mempunyai matlamat lebih luas apabila MTU dan Airbus berhasrat menonjolkan kepimpinan teknologi Eropah.

Kedua-dua syarikat itu telah bekerjasama dalam pembangunan enjin sel bahan api sejak beberapa tahun kebelakangan ini.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Bangunan tinggi di New York dikosongkan, amaran risiko runtuh
Next: Penyelidik Australia guna penyu untuk jejak siklon tropika

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.