Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahmad Mukhlis, Siti Maisara johan Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Ahmad Mukhlis, Siti Maisara johan Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
AHMAD Mukhlis Yahya menerima piala dan hadiah selepas dinobatkan sebagai johan kategori qari pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei 2026. Foto Pusat Khidmat Kuala Rajang

SARIKEI: Ahmad Mukhlis Yahya dan Siti Maisara Yahya masing-masing dinobatkan sebagai johan kategori qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei 2026 selepas mempersembahkan bacaan al-Quran yang cemerlang.

Bagi kategori qari, Ahmad Mukhlis muncul johan, diikuti Awang Nurizal Awang Kenit sebagai naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi Uwais Al-Qarni Yahya.

Dalam kategori qariah pula, Siti Maisara dinobatkan sebagai johan, diikuti Latifah Abang Hassan selaku naib johan, sementara tempat ketiga menjadi milik Siot Toi.

Semua pemenang menerima hadiah wang tunai, masing-masing RM1,500 bagi johan, RM1,000 bagi naib johan dan RM700 bagi tempat ketiga sebagai penghargaan atas kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang pertandingan.

TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyampaikan piala dan hadiah kepada johan kategori qariah, Siti Maisara Yahya, pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei 2026. Foto Pusat Khidmat Kuala Rajang

Seramai 11 peserta menyertai pertandingan itu, terdiri daripada enam qari dan lima qariah, sekali gus membuktikan usaha memartabatkan seni bacaan al-Quran terus mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

Majlis Tilawah al-Quran itu turut menjadi platform penting dalam memperkukuh ukhuwah Islamiah, menyemarakkan syiar Islam serta memupuk kecintaan masyarakat terhadap al-Quran melalui penguasaan ilmu tajwid dan taranum.

Penganjuran program berkenaan diharap dapat meningkatkan semangat umat Islam untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW, selain melahirkan lebih ramai qari dan qariah yang mampu mengharumkan nama Bahagian Sarikei pada masa hadapan.

Majlis penangguhan Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Sarikei yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan-Perayaan Islam Bahagian Sarikei, Shafrie Saili, serta Pegawai Tadbir Agama Islam Bahagian Sarikei, Ustaz Syed Harold Salleh Wan Mohammad.

Oleh Earl Anek

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: PBSB Sibu bimbing Kelab Xiang Qi Lanang sediakan laporan DSK
Next: Program Pendidikan Literasi Fungsian bantu masyarakat kuasai 3M, elak jadi mangsa penipuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.