Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat kargo Boeing 737 hilang di perairan Karachi, operasi SAR dilancar
  • GLOBAL

Pesawat kargo Boeing 737 hilang di perairan Karachi, operasi SAR dilancar

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESAWAT itu hilang di luar pantai Karachi, sebuah bandar pelabuhan di hujung selatan Pakistan. Foto AFP

HYDERABAD: Pakistan melancarkan operasi pencarian besar-besaran selepas sebuah pesawat kargo Boeing 737 yang membawa lima anak kapal dilaporkan hilang di perairan Karachi pada malam Selasa.

Pesawat milik K2 Airways yang berpangkalan di Karachi itu terputus hubungan dengan pengawal trafik udara pada kedudukan 155 batu nautika (287 kilometer) di barat bandar pelabuhan berkenaan, menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA) dalam hantaran di media sosial.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Sharjah di Emiriah Arab Bersatu ke Karachi.

Pada 9.18 malam waktu tempatan, juruterbang melaporkan masalah sistem navigasi dan pengawal trafik udara Karachi segera membantu memberi panduan kepada pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, tiga minit kemudian, pesawat itu dikesan menjunam dengan pantas sebelum hilang sepenuhnya daripada radar di Laut Arab.

PAA berkata operasi mencari dan menyelamat di laut kemudian dilancarkan menerusi pelbagai agensi bagi mengesan pesawat yang hilang itu.

Saluran televisyen Pakistan melaporkan frigat Tentera Laut Pakistan, PNS Zulfiqar serta pesawat Saab milik Tentera Udara turut menyertai operasi pencarian bersama aset maritim dan udara lain.

Kapal dagang Lahore milik Pakistan National Shipping Corporation turut digerakkan bagi membantu operasi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dua maut, 14 cedera dalam nahas bas di Portugal
Next: Bangunan tinggi di New York dikosongkan, amaran risiko runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.