Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persiapan Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak terus diperkemas
  • Tengah
  • WILAYAH

Persiapan Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak terus diperkemas

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGARAH UKPS, Abdul Wahab Rahim sedang berbincang bersama Timbalan Residen Sarikei, Shafrie Saili dan KPD Sarikei, Superintenden Aswandy Anis. 

SARIKEI: Persiapan bagi Jamuan Teh sempena Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (Batang Lupar ke Sibu), terus diperkemas menerusi lawatan tapak dan sesi perbincangan bersama beberapa agensi berkaitan hari ini.

Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Abdul Wahab Rahim, bagi meninjau lokasi program di Masjid Al-Muttaqin serta memastikan semua aspek persiapan berjalan lancar mengikut perancangan.

Antara perkara yang diberi perhatian termasuk aspek keselamatan, kawalan lalu lintas, penyelarasan logistik serta kesiapsiagaan lokasi bagi memastikan kelancaran sepanjang penganjuran program.

Lawatan berkenaan turut menjadi platform untuk menyelaras peranan setiap agensi terlibat supaya segala persiapan dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Kerjasama erat antara agensi kerajaan yang terlibat dijangka dapat memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar, selamat dan teratur.

Jamuan Teh tersebut merupakan antara pengisian sempena Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak (Batang Lupar ke Sibu) yang dijadualkan berlangsung di Daerah Sarikei pada petang 9 Julai ini.

Turut hadir ialah Timbalan Residen Sarikei, Shafrie Saili, dan Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lambakan buah tempatan meriahkan Pasar Sentral Sibu
Next: ADUN Kabong sumbang lampu solar perkasa operasi bomba sukarela

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.