Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan besar mungkin hampiri Okinawa minggu ini
  • GLOBAL

Taufan besar mungkin hampiri Okinawa minggu ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG pekerja keluar dari sebuah bangunan penyelenggaraan yang bumbungnya rosak akibat angin kencang yang dibawa Taufan Super Bavi di Guam pada 7 Julai 2026. Foto AFP

TOKYO: Taufan besar yang disifatkan amat kuat sedang bergerak ke arah barat berhampiran Kepulauan Mariana di Pasifik dan mungkin menghampiri kawasan di selatan Okinawa, Jepun pada hujung minggu ini, menurut agensi meteorologi Jepun, lapor Kyodo News.

Taufan Bavi diramal bergerak ke kawasan timur Filipina sebelum menghampiri Wilayah Okinawa sekitar Jumaat dan Sabtu. Taufan itu berkemungkinan menuju ke Laut China Timur selepas itu.

Pulau di selatan Jepun itu mungkin mengalami hujan lebat luar biasa dan kemungkinan air pasang tinggi, bergantung kepada laluan taufan berkenaan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Isnin. Laut bergelora dijangka berlaku di perairan selatan pulau utama barat daya Jepun, Kyushu dan pulau-pulau di selatannya.

Setakat 3.00 pagi waktu tempatan Selasa, taufan kesembilan musim ini bergerak ke arah barat laut berhampiran Kepulauan Mariana pada kelajuan 30 kilometer sejam, dengan kelajuan angin mencecah 270 kilometer sejam serta tekanan atmosfera 920 hektopascal di pusatnya, menurut agensi Jepun itu.

Pusat Amaran Taufan Bersama Amerika Syarikat menyifatkan Bavi sebagai “taufan super.” – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Abu Gunung Etna jejas operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania, Sicily
Next: Ribut, angin kencang ragut lapan nyawa di tengah China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.