
BINTANGOR: Tindakan pantas pihak bomba memusnahkan sarang serangga berbisa di Jalan Kilang berjaya menghapuskan ancaman terhadap keselamatan orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.30 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sarang serangga berbisa berada di atas pokok berhadapan kedai pelapor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, operasi bermula pada 6.40 petang sejurus pasukan bomba tiba di lokasi.
“Aggota bomba terlebih dahulu menjalankan penilaian di lokasi sebelum memulakan operasi bagi memastikan tindakan dapat dilaksanakan dengan selamat.
“Pasukan bomba kemudian menggunakan tiga tin racun serangga dan dua batang colok api untuk memusnahkan sarang tersebut.
“Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
“Khidmat khas di lokasi diselesaikan sepenuhnya pada 7.50 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek