Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Geran MRP RM12,000 perkasa program komuniti GRP
  • Tengah
  • WILAYAH

Geran MRP RM12,000 perkasa program komuniti GRP

Utusan Sarawak 9 hours ago
JERENANG Jawa menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada ADUN Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom, semalam. Foto Pusat Khidmat Pakan

PAKAN: Gerempung Raban Pakan (GRP) menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM12,000 bagi memperkasa pelaksanaan pelbagai program komuniti yang memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Pakan.

Geran itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom menerusi Program Pengagihan Geran MRP DUN Pakan 2026 yang berlangsung di Pejabat Daerah Pakan.

Pengerusi GRP, Jerenang Jawa berkata, bantuan itu merupakan geran pertama diterima persatuan sejak penubuhannya pada 2016 dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperluaskan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.

“Geran ini merupakan satu amanah yang besar kepada GRP. Kami berjanji akan mengurus dan menggunakannya secara adil, berhemat serta telus bagi melaksanakan program yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya selepas menerima geran berkenaan, semalam.

Menurutnya, dana itu akan digunakan bagi memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan melalui penganjuran ceramah, bengkel dan program kesedaran yang memberi tumpuan kepada pelbagai isu berkaitan masyarakat.

Beliau berkata, antara program yang dirancang termasuk berkaitan keselamatan dan pencegahan kebakaran, pembangunan pertanian, penyalahgunaan dadah, isu ponteng sekolah serta sambutan Hari Keluarga.

“Kerjasama strategik bersama agensi kerajaan amat penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat, panduan dan bantuan yang tepat dalam menangani pelbagai cabaran di peringkat akar umbi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, GRP turut merancang beberapa lagi aktiviti sepanjang tahun yang akan diumumkan selepas perancangannya dimuktamadkan.

“GRP akan terus menjadi penghubung yang berkesan antara komuniti dengan agensi kerajaan serta membawa program yang benar-benar diperlukan dan mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

“Setiap ringgit bantuan ini akan digunakan secara bertanggungjawab. Kami akan memastikan amanah yang diberikan diuruskan secara telus demi manfaat komuniti,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri William Mawan Ikom atas bantuan, kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada GRP.

“Kami amat menghargai sumbangan RM12,000 ini dan akan terus melaksanakan program yang memberi manfaat kepada komuniti di Pakan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Anggota bomba dan orang awam berganding bahu bantu tambah bekalan darah
Next: Tindakan pantas bomba hapus ancaman serangga berbisa di Jalan Kilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.