Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban gempa bumi Venezuela melebihi 3,500
  • GLOBAL

Angka korban gempa bumi Venezuela melebihi 3,500

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan beberapa bangunan runtuh di pesisir pantai Caraballeda, La Guaira, Venezuela, pada 6 Julai 2026, susulan gempa bumi berkembar 24 Jun yang meragut sekurang-kurangnya 3,535 nyawa. Foto AFP

MEXICO CITY: Angka korban akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela hampir dua minggu lalu meningkat kepada 3,535 orang, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter itu melanda Venezuela pada 24 Jun, diikuti beberapa siri gempa susulan. 

Negeri pesisir pantai La Guaira antara kawasan paling teruk terjejas, manakala ribuan orang masih hilang.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata PBB dan rakan kongsinya terus memperluas bantuan kepada mangsa terjejas.

Beberapa pasukan mencari dan menyelamat masih berada di lapangan, manakala pasukan sokongan termasuk perubatan dan kejuruteraan terus tiba di Venezuela, menurut OCHA dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan kritikal termasuk bekalan elektrik dan telekomunikasi sedang dipulihkan secara berperingkat.

OCHA berkata sekurang-kurangnya 79 kem sementara di stadium dan pusat sukan kini beroperasi bagi menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal serta menyalurkan bantuan. 

Kira-kira 17,000 orang hilang tempat tinggal akibat gegaran itu.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Wilayah Mumbai terjejas teruk akibat banjir, banyak nyawa terkorban, jalan raya rosak
Next: Kerajaan Paraguay kecam kenyataan berbaur perkauman terhadap Mbappe

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.