Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 26 peserta sertai latihan keselamatan dan bantuan kecemasan anjuran bomba
  • Tengah
  • WILAYAH

26 peserta sertai latihan keselamatan dan bantuan kecemasan anjuran bomba

Utusan Sarawak 13 hours ago
PESERTA mengikuti latihan bantuan hayat asas (CPR) semasa Program Latihan Keselamatan Kebakaran dan Bantuan Kecemasan anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 26 peserta menyertai program latihan keselamatan kebakaran dan bantuan kecemasan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan menghadapi pelbagai situasi kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, program yang bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Pusat Operasi Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Meranti dikendalikan oleh lima anggota bomba, hari ini.

Katanya, latihan tersebut bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai aspek keselamatan kebakaran, keselamatan ketika berada di dalam air dan kemahiran bantuan kecemasan yang boleh diaplikasikan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan.

ANGGOTA BBP Sarikei memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai teknik bantuan kecemasan dan keselamatan kebakaran. Foto BBP Sarikei

“Selain itu, peserta turut didedahkan dengan teknik menyelamat yang boleh diaplikasikan bagi membantu mangsa sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, antara pengisian program ialah ceramah keselamatan kebakaran, ceramah keselamatan ketika berada di dalam air, latihan bantuan hayat asas, latihan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan ceramah teori latihan kebakaran.

“Latihan tersebut membolehkan peserta memahami prosedur keselamatan yang betul, di samping menguasai kemahiran asas menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kecemasan.

“Penggabungan elemen teori dan latihan praktikal mampu meningkatkan keyakinan peserta untuk bertindak dengan pantas, teratur dan berkesan dalam situasi yang memerlukan bantuan segera,” katanya.

Vincent berharap program seumpama itu akan terus diperluaskan kepada lebih banyak agensi dan komuniti bagi melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap aspek keselamatan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 41 pemilik tanah terima pampasan projek naik taraf jalan masuk ke Lundu
Next: Persiapan akhir Program Sarawakku Sayang Sibu hampir siap, orang ramai dijemput hadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.