Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peranan guru, ibu bapa penting bentuk kecemerlangan pelajar
  • Selatan
  • WILAYAH

Peranan guru, ibu bapa penting bentuk kecemerlangan pelajar

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Julaihi Narawi menyampaikan sumbangan kepada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sebuyau pada majlis penutupan Program Perkampungan Ilmu. Foto UKAS

SEBUYAU: Peranan guru dan ibu bapa dalam membimbing serta menyokong anak-anak sepanjang tempoh persekolahan tidak boleh dipandang ringan kerana kejayaan pelajar lahir daripada kerjasama erat antara keluarga, sekolah dan komuniti.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar terus bersemangat dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu, sokongan berterusan daripada ibu bapa dan guru amat diperlukan bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

“Saya berharap semua pihak terus memberikan sokongan kepada anak-anak sehingga mereka selesai menduduki peperiksaan nanti,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program Perkampungan Ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau di dewan sekolah itu, semalam.

DATO Sri Julaihi Narawi berucap pada majlis penutupan Program Perkampungan Ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau di dewan sekolah itu, semalam. Foto UKAS

Dalam pada itu, beliau berkata ilmu pengetahuan merupakan asas utama dalam melahirkan generasi yang cemerlang, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa para pelajar memanfaatkan setiap peluang pembelajaran yang disediakan, berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan serta menghargai pengorbanan ibu bapa dan guru yang sentiasa memberikan dorongan.

Pada majlis sama, Julaihi mengumumkan peruntukan sebanyak RM60,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sebuyau bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dan keperluan sekolah.

DATO Sri Julaihi Narawi merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat, pelajar serta hadirin yang hadir pada majlis penutupan Program Perkampungan Ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau di dewan sekolah itu, semalam. Foto UKAS

Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli turut menyalurkan sumbangan RM30,000 kepada PIBG sekolah berkenaan.

Bagi memperkukuh persediaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebanyak RM9,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Bengkel SPM di sekolah-sekolah terlibat, selain insentif berjumlah RM19,700 disampaikan kepada 71 pelajar sebagai penghargaan atas pencapaian akademik mereka.

Continue Reading

Previous: Gas keluar dari lubang gerudi di SK Beladin, kawasan dikawal bomba
Next: Keputusan rayuan pemecatan Datuk Lily Yong dijangka diketahui hujung tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.