Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo
  • KEMALANGAN

Tiga maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo

Utusan Sarawak 6 hours ago
KENDERAAN pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo, malam ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di pusingan ‘P’ Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Sibu malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan berhubung insiden itu pada 8.30 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis single cab dan sebuah double cab.

“Kenderaan double cab dinaiki tiga lelaki dewasa, dengan seorang mangsa tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan… sebuah lagi kenderaan jenis single cab hanya dinaiki seorang pemandu yang mengalami kecederaan ringan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBM Sarawak, pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan dua mangsa tersepit sebelum semua mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Punca kemalangan dan identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti serta masih dalam siasatan pihak berkuasa. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita cedera dalam kemalangan motosikal kendiri di Padang MDS Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.