Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan super Bavi menuju wilayah Pasifik Amerika Syarikat
  • GLOBAL

Taufan super Bavi menuju wilayah Pasifik Amerika Syarikat

Utusan Sarawak 10 hours ago
IMEJ satelit HIMAWARI yang dikeluarkan NOAA pada Sabtu menunjukkan taufan super Bavi semakin menghampiri Guam dan Kepulauan Mariana Utara di barat Lautan Pasifik. Foto AFP

SAIPAN: Penduduk di Guam dan Kepulauan Mariana Utara berlindung pada Sabtu ketika taufan super Bavi, yang menjadi taufan super kedua melanda wilayah Pasifik Amerika Syarikat sejak April, menghampiri dengan kekuatan setara kategori lima.

Menurut Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC), Bavi berada beberapa ratus kilometer di timur kepulauan itu dengan kelajuan angin berterusan 259 kilometer sejam serta tiupan mencecah 314 kilometer sejam.

SEBUAH premis runcit di kawasan pelancongan Garapan ditutup dengan papan sebagai persediaan menghadapi ketibaan Taufan Super Bavi yang diramal melanda Saipan, Kepulauan Mariana Utara, pada Sabtu. Foto AFP

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS) memberi amaran bahawa laluan ramalan menunjukkan keadaan buruk bagi kawasan Marianas, selain menasihatkan penduduk di Guam dan Kepulauan Mariana Utara bersiap sedia menghadapi sekurang-kurangnya keadaan ribut tropika.

Sekitar 200,000 penduduk dilaporkan mula membuat persiapan awal dengan beratur di stesen minyak, membeli papan lapis di kedai perkakasan serta mendapatkan bekalan makanan, air botol dan keperluan asas di pasar raya.

Persiapan sambutan ulang tahun ke-250 Amerika Syarikat turut terjejas apabila kedua-dua wilayah itu mengisytiharkan darurat.

Di Saipan, pekerja resort Pacific Islands Club dilaporkan menutup tingkap, mengikat perabot luar, memeriksa sistem keselamatan serta menyediakan bekalan kecemasan sebagai persediaan menghadapi ribut.

“Semua orang ada peranan. Kami bekerjasama untuk mengurangkan kerosakan dan memastikan kesiapsiagaan selepas ribut,” kata pengurus sukan dan aktiviti resort berkenaan, Reymark Castro.

PEKERJA mengukuhkan sebuah stesen minyak sebagai persediaan menghadapi ketibaan Taufan Super Bavi yang diramal melanda Saipan, Kepulauan Mariana Utara. Foto AFP

Beliau berkata kejadian dua taufan super dalam tempoh dua bulan disifatkan sebagai peristiwa bersejarah bagi rantau itu.

Sementara itu, pihak berkuasa dan organisasi bantuan termasuk Palang Merah Amerika menggerakkan pasukan kecemasan serta bekalan bantuan bagi menghadapi kemungkinan impak Bavi.

Terdahulu, taufan super Sinlaku yang melanda pada April menyebabkan gangguan bekalan elektrik, pokok tumbang serta kerosakan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, saintis turut memberi amaran bahawa pemanasan lautan global serta fenomena El Nino yang sedang berkembang boleh meningkatkan risiko kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia dalam tempoh akan datang. – AFP

Continue Reading

Previous: Peru isytihar Keiko Fujimori sebagai presiden 2026 hingga 2031
Next: Pemain Mexico pulangkan jam tangan mewah dihadiahkan pempengaruh AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.