Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 53 tukun tiruan di Sematan, Igan perkukuh ekosistem Marin Sarawak
  • TEMPATAN

53 tukun tiruan di Sematan, Igan perkukuh ekosistem Marin Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
 SEBANYAK 35 unit tukun tiruan jenis rekreasi berjaya dilabuhkan di perairan Sematan, semalam. Foto Jabatan Perikanan Laut Sarawak

KUCHING: Jabatan Perikanan Laut Sarawak terus memperkukuh usaha pemuliharaan sumber perikanan marin menerusi pelaksanaan program melabuhkan 53 unit tukun tiruan di perairan Sematan dan Igan, Mukah bagi meningkatkan biodiversiti serta melindungi ekosistem laut daripada aktiviti perikanan yang menjejaskan habitat marin.

Menurut kenyataan media Jabatan Perikanan Laut Sarawak, sebanyak 35 unit tukun tiruan jenis rekreasi berjaya dilabuhkan di perairan Sematan oleh Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber, semalam.

Katanya, program itu merupakan antara usaha berterusan jabatan dalam memulihara sumber perikanan marin melalui penyediaan habitat baharu kepada hidupan marin, sekali gus meningkatkan biodiversiti, menyokong pembangunan sektor perikanan rekreasi dan memastikan kelestarian sumber perikanan untuk manfaat generasi akan datang.

SEBANYAK 18 unit tukun tiruan dasar lembut penghalang pukat tunda berjaya dilabuhkan di perairan Igan, Mukah, baru-baru ini. Foto Jabatan Perikanan Laut Sarawak

Dalam perkembangan berkaitan, jabatan itu turut memaklumkan sebanyak 18 unit tukun tiruan dasar lembut penghalang pukat tunda berjaya dilabuhkan di perairan Igan, Mukah, baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan inisiatif berkenaan bertujuan memperkukuh usaha konservasi dan perlindungan sumber perikanan marin, khususnya bagi membendung aktiviti pencerobohan pukat tunda di kawasan perikanan pantai yang boleh menjejaskan habitat serta sumber perikanan.

Jabatan berkata, perlabuhan tukun tiruan tersebut diharap dapat melindungi habitat marin, memulihkan sumber perikanan serta menjamin kelestarian ekosistem laut demi kesejahteraan komuniti nelayan dan manfaat generasi akan datang.

Jabatan Perikanan Laut Sarawak menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan secara mampan bagi memastikan khazanah perikanan negara terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jurugambar rakan strategik promosi Sarawak di peringkat antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.