Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Lupar 2 dijangka dibuka Ogos ini, perkukuh hubungan Sri Aman-Betong
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Lupar 2 dijangka dibuka Ogos ini, perkukuh hubungan Sri Aman-Betong

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embashadir menyempurnakan Upacara Penyambungan Akhir Struktur Jambatan Batang Lupar 2. Foto: JKR Sarawak

SIMANGGANG: Jambatan Batang Lupar 2 yang menjadi komponen penting Projek Jalan Utama Kedua Sarawak dijangka dibuka kepada orang awam pada Ogos depan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam jaringan pengangkutan negeri.

Perkembangan itu diumumkan sempena Upacara Penyambungan Akhir Struktur Jambatan Batang Lupar 2 yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sebagai simbol penyambungan terakhir struktur utama jambatan berkenaan.

Majlis itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pelaksanaan projek infrastruktur strategik kerajaan negeri yang bertujuan memperkukuh hubungan darat antara Sri Aman dan Betong.

Jambatan berkenaan dibina mengikut piawaian JKR R5 dengan panjang keseluruhan 870 meter, termasuk laluan pelayaran selebar 200 meter pada ketinggian 23 meter bagi membolehkan pergerakan kapal.

Struktur ikonik itu turut dilengkapi dua menara kabel berketinggian 145.5 meter yang menjadi antara ciri utama reka bentuk jambatan berkenaan.

Projek itu turut merangkumi pembinaan jalan akses sepanjang 2.08 kilometer lengkap dengan sistem saliran, kelengkapan jalan serta pelbagai ciri keselamatan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna.

JAMBATAN Batang Lupar 2. Foto JKR Sarawak

Apabila mula beroperasi kelak, Jambatan Batang Lupar 2 akan menyediakan laluan alternatif yang menghubungkan Sri Aman dan Betong melalui Jalan Utama Kedua Sarawak.

Kemudahan itu dijangka memendekkan jarak perjalanan daripada 73 kilometer melalui Lebuh Raya Pan Borneo kepada hanya 37 kilometer, sekali gus menjimatkan masa perjalanan dan kos pengangkutan.

Selain meningkatkan kesalinghubungan, projek itu dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perdagangan, pertanian dan pelancongan di sepanjang koridor Sri Aman-Betong.

Pelaksanaan projek tersebut juga dilihat mampu mempercepat pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang dan mampan, khususnya di kawasan luar bandar yang menerima manfaat daripada jaringan jalan raya yang lebih efisien.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap projek infrastruktur strategik dilaksanakan mengikut piawaian tertinggi dari aspek kualiti, keselamatan dan kejuruteraan demi menyediakan kemudahan yang memberi manfaat kepada rakyat serta menyokong aspirasi pembangunan mampan Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 152 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
Next: Pembangkang dulu perkecil usaha GPS kini ‘terliur’ lihat kejayaan projek mega Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.